Terma & Syarat
Pelanggan diminta untuk menghantar barang hantaran pada hari Isnin sahaja dalam 1 box/beg dengan tag nama & nombor telefon bagi mengelakkan sebarang pertukaran.
Barang perlu dihantar selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh majlis.
Tempoh sewaan dulang hantaran selama 5 hari sahaja.
Caj akan dikenakan sebanyak RM10/sehari sekiranya sewaan dulang melebihi 5 hari.
Pelanggan mestilah membuat bayaran deposit booking sebanyak RM50 untuk pihak Kamaloka mengesahkan slot majlis anda.
Pelanggan mestilah memberi resit pembayaran (share receipt) dengan pihak Kamaloka sebagai bukti pembayaran.
Pelanggan akan membuat bayaran penuh pada tarikh pick up.
Pelanggan juga akan dikenakan bayaran deposit security sebanyak RM100 bagi mengelak risiko kerosakan.
Deposit security akan dipulangkan selepas pemulangan dulang hantaran sekiranya dulang hantaran dalam keadaan yang baik.
Kamaloka hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 6 petang. Sebarang urusan pada hari Sabtu dan Ahad atas budi bicara pihak Kamaloka.